Tuesday 16 July 2019

me




          Ya Allah, jika hari ini aku berasa kecewa, berasa terluka,
Sedarkanlah aku bahawa Engkau memiliki rencana yang lebih indah buatku.
Engkau tahu bagaimana lelahnya aku berjuang,
Bagaimana kerasnya aku berjuang,
Bagaimana sulitnya aku berjuang,
Namun ketika segala ikhtiar yang kulakukan pada akhirnya tak sesuai inginku,
Ketika pada akhirnya aku kecewa kerana aku tak dapat meraih mimpiku,
Jangan biarkan aku berputus asa daripada rahmatMu ya Allah,
Jangan biarkan aku berasa kecewa padaMu,
Jangan biarkan aku berpaling dariMu,
Jangan biarkan aku berhenti memohon padaMu,
Sedarkan aku bahawa Engkau telah menyiapkan sesuatu yang lebih baik.
Sedarkan aku bahawa Engkau telah merencanakan sesuatu yang lebih indah buatku,
Sedarkan aku ya Allah, agar aku senantiasa tetap berharap hanya kepadaMu,
Agar Engkau menjadi satu - satunya tempat untukku memohon.


Credit to the unknown author from FB.


Buat masa skrg ni aku mmg x contact siapa2 kecuali org cari aku sbb aku segan. Aku sorang ja yg still cari kerja x dpt2. Org lain semua dh berjaya. Aku mmg segan sgt nk jmpa siapa2 pun skrg. Nk komen ig ke nk upload status ke semua aku x buat sbb aku x nak org tnye aku tgh buat apa skrg??... Sedih laa hari2 down. takut dpt mental illness pulak. I hope I am strong to face all this. Biasa la iman manusia kan turun naik. Kejap rasa okay kejap lg rasa dh x da harapan. Camtu laa hidup ni. please pray for me. :)