Friday 30 March 2012

Sunnah

Assalamualaikum,
hari ni nak share pasal sunnah Rasulullah S.A.w
ok... sebenarnye saye baru je blajar nak buat blog ni
sbb tu tak cantik sangat macam orang laen punye blog
dulu time form 3 sye prnh diperkenalkan dgn blog nie after pmr dkt UTM... tp blog tu dh hilang... sekarang nie tngh free tringin juga nak buat blog macam kawan2 yg laen...ramai yg dh ada blog
ok sambung dengan perkongsian hari nie... sorry klau tak menarik



 KETIKA BANGUN TIDUR


1) Usap wajah yang terkesan bekas tidur dengan tapak tangan. Menurut Imam Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar, perbuatan ini dianjurkan berdasarkan hadis riwayat Muslim: "Rasulullah s.a.w. bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap bekas tidur dari wajah dengan tangannya."


2) Berdoa ketika bangun tidur: "Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah s.w.t. yang telah menghidupkan kami,setelah Dia menidurkan kami, dan kepadaNya kami dibangkitkan." (riwayat al-Bukhari)


3) Bersiwak. " Apabila Rasulullah s.a.w bangun malam, Baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak." (Muttafaq 'alaih)


4) Mengeluarkan atau menyemburkan air dari hidung setelah menyedutnya (tidak terlalu dalam). Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Apabila seseorang di antara kamu bangun daripada tidur, maka berbuatlah demikian tiga kali, kerana sesungguhnya syaitan bermalam di hujung (rongga) hidungnya." (Muttafaq 'alaih)


5) Mencuci tangan tiga kali. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Apabila salah seorang daripada kamu bangun tidur, janganlah memasukkan tangan (keseluruhan) ke dalam bekas air sebelum mencucinya tiga kali." (Muttafaq 'alaih)




ok, dah habis....bila bace balik macam ambil wudu' jga kan?
so bile bngun tidur ambik wudu' solat...ni sebenarnya daripada majalah Gen Q

No comments:

Post a Comment